Samsung Galaxy A9 Menerima Pensijilan Bluetooth

Samsung Galaxy A9 Menerima Pensijilan Bluetooth

Samsung dilihat sudah bersedia melancarkan satu lagi ahli keluarga baru didalam siri Galaxy A yang akan dikenali sebagai Galaxy A9 yang meletakkanya telefon pintar teratas didalam siri A.

Samsung Galaxy A9 kini telah menerima pensijilan daripada Bluetooth SIG bagi model Galaxy A9 yang hadir dengan nombor model SM-A9000. Selepas ini, Samsung Galaxy A9 juga dijangka akan menerima lebih banyak pensijilan yang membolehkanya dilancarkan di pasaran sebelum penghujung tahun ini.

samsung galaxy a9 bluetooth

Samsung Galaxy A9 dijangka akan hadir dengan skrin paparan HD penuh berukuran 5.5 atau 6.0-inci, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan pemproses Qualcomm Snapdragon 620 selain Adreno 510.

Selain itu, maklumat kamera yang bakal dimiliki oleh Galaxy A9 masih belum diketahui namun ianya mungkin memiliki unit kamera yang sama seperti pada Galaxy S6 dan Galaxy Note 5.

Samsung Galaxy A9 ini dijangka akan ditawarkan di pasaran Malaysia dengan harga penjualan kurang dari RM 2000.