Samsung Akan Memperkenalkan Galaxy Note 9?

Samsung Akan Memperkenalkan Galaxy Note 9?

Baru-baru ini Samsung dikhabarkan mahu menambah satu lagi model Note kedalam siri tersebut iaitu Samsung Galaxy Note 9 yang akan dilancarkan pada 9 Ogos nanti.

 

1-2

 

Pengesahan tentang kewujudan peranti terbaru itu mendapat perhatian pelbagai pihak beberapa hari yang lalu dimana tanda dagangnya sudah didaftarkan di Colombia.  Tiada sebarang perincian peranti yang dikongsikan selain daripada namanya Samsung Galaxy Note 9.

Dari segi harga, tanda harga dijangkakan dibawah RM4,000 model premium Samsung ini.  Sama-sama kita nantikan apakah inovasi terbaru yang bakal dibawakan Samsung untuk versi Note pada kali ini.