Jom Belajar Koding Di Kuala Lumpur dan sekitar kawasan anda secara PERCUMA!

Jom Belajar Koding Di Kuala Lumpur dan sekitar kawasan anda secara PERCUMA!

Kuasai ilmu koding, Bahasa yang mengubah dunia
Ia diadakan mengikut negeri, dan terkini, untuk Kuala Lumpur, ia akan diadakan pada 29 dan 30 Oktober 2016 ini di kawasan Cheras.

Untuk maklumat lanjut : Jom Belajar Koding

Jom Belajar Koding (JBK) adalah sebuah program yang dicadangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dikelolakan oleh Biro Profesional Muda (BPM) selama dua (2) hari untuk setiap sesi. Program ini mensasarkan 2,000 penyertaan anak muda di seluruh negara secara keseluruhan bertujuan bagi memberi pendedahan awal dalam penerokaan platform IT seterusnya menarik minat mereka meneraju ke arah masa hadapan IT.

Kepentingan Belajar Koding

Di zaman moden ini, ilmu koding bukan lagi satu kepentingan tetapi merupakan kemahiran asas bagi setiap individu. Untuk mara kehadapan, anak-anak muda Melayu tidak boleh tertinggal lagi dalam M keempat ini. (Membaca, Menulis, Mengira, Mereka Kod). Kekurangan individu dalam kemahiran ini menyebabkan permintaan yang tinggi untuk pereka koding di negara ini.