Jam Pintar Mewah Tag Heuer Connected Dilancarkan

Jam Pintar Mewah Tag Heuer Connected Dilancarkan

tag-heuer-connected-malaysia-mobile88-2
Jam pintar pertama syarikat pengeluar jam mewah ikonik Tag Heuer iaitu Connected telah dilancarkan secara rasmi awal pagi tadi.

Tag Heuer Connected akan hadir dengan sistem operasi Android Wear namun boleh digunakan pada peranti Android dan iOS kerana aplikasi Andorid Wear sudah dilancarkan dan boleh dimuat turun di Apple Store.

Tag Heuer Connected ini akan hadir dengan skrin paparan bulat berukuran 1.5-inci yang berasaskan skrin paparan LTPS LCD dengan kepadatan piksel mencecah 240ppi. Selain itu, Tag Heuer Connected ini juga hadir dengan pemproses dual-core berkelajuan 1.6GHz daripada Intel, 1GB RAM, 4GB memori simpanan dalaman dan tidak lupa bateri berkapasiti 410 mAh.

tag-heuer-connected-malaysia-mobile88-1

Tag Heuer Connected akan mula ditawarkan dipasaran pada 12 November ini dan pasaran Eropah akan menjadi rantau pertama menerima jam pintar ini.

Selain itu, hasil tinjauan kami di laman rasmi Tag Heuer mendapati , Tag Heuer Connected akan mempunyai harga penjualan RM 6,100.

Tag Heuer Connected akan ditawarkan didalam 7 warna tali yang menarik namun hanya warna hitam ditawarkan secara online.

More information : http://www.tagheuerconnected.com/product