Elephone Vowney Kini Di Malaysia – RM 1,349

Elephone Vowney Kini Di Malaysia – RM 1,349

Elephone Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar utama syarikat China ini iaitu Elephone Vowney akan memasuki pasaran tempatan dan tempahan bagi telefon pintar ini kini dibuka melalui IDSmartphone.com.my

Elephone Vowney hadir ke pasaran dengan harga penjualan yang sangat berpatutan iaitu hanya RM 1,349 dan ianya hadir dengan skrin paparan 2K dengan kepadatan piksel mencecah 501ppi.

Selain itu, Elephone Vowney bukanya hebat dari segi skrin paparan, ianya turut hadir dengan spesifikasi seperti pemproses MediaTek Helio X10, 4GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu, Elephone Vowney juga memiliki kamera belakang 21MP daripada Sony iaitu sensor IMX230, kamera hadapan untuk selfie 8MP, sensor capjari 360 darjah ( hanya 0.1saat), butang ‘home’ pelbagai fungsi , keupayaan merakam video gerak perlahan 120fps, rakaman video 4k dan sokongan dwi-SIM.

Elephone Vowney ini akan hadir didalam satu pilihan warna sahaja iaitu warna emas dan dengan jaminan waranti 12-bulan daripada Elephone Malaysia.

Dengan tempahan ini, pengguna juga akan menerima gelas perlindungan skrin, ‘case’ dan satu patung Elephone secara percuma.

Bagi anda yang membuat tempahan, Elephone Vowney ini akan dihantar kepada anda mulai 5 Disember 2015.

Untuk melakukan tempahan secara atas talian anda boleh membuka pautan disini

jika anda mahu melakukan tempahan melalui pengedar rasmi Elephone di Malaysia anda boleh rujuk senarai pengedar sah Elephone di sini.

elephone-vowney-specs-malaysia-1elephone-vowney-specs-malaysia-2elephone-vowney-specs-malaysia-3