Apple IPad Pro Kini Ditawarkan Di Malaysia – Dari RM 3,599

Apple IPad Pro Kini Ditawarkan Di Malaysia – Dari RM 3,599

Apple Malaysia kini secara rasminya telah menawarkan Apple iPad Pro ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan yang bermula dari RM 3,599.

Apple iPad Pro yang dilancarkan bersama-sama iPhone 6s dan 6s Plus pada 11 September lalu tiba di Malaysia selepas dua bulan.

apple-ipad-pro-malaysia-1

Apple iPad Pro hadir didalam dua versi iaitu versi Wi-Fi 32GB dan 128GB dengan harga penjualan RM3,599 dan RM 4,299.

Versi Wi-Fi dan selular pula hanya ditawarkan didalam satu kapasiti iaitu 128GB dengan harga penjualan RM 4,899.

Apple iPad Pro ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna kelabu, emas dan perak.

apple-malaysia-apple-pencil

Selain itu, aksesori khas untuk Apple iPad Pro iaitu Apple Pencil juga ditawarkan di sini dengan harga penjualan RM 469 manakala perkakas SmartKeyboard pula dijual pada harga RM 799.

apple-ipad-pro-smart-keyboard-malaysia

Apple iPad Pro dilihat mempunyai jangka masa penghantaran satu hari sahaja selepas anda membuat pembayaran.